Definition List

LightBlog

Translate

Kamis, 02 Desember 2010

7 Gajet Paling Popular di Dunia

Merujuk kepada poll yang dijalankan oleh majalah Time, DKDM menyusuri pilihan 7 alat teknologi paling popular di dunia sepanjang zaman.
walkman-tps-l2
7. Sony Walkman TPS-L2 (415 votes)
Sony Walkman TPS-L2 dihasilkan oleh syarikat terkemuka Sony Walkman seawal tahun 1979, berkeupayaan untuk memainkan radio kaset yang waktu itu dianggap sebagai teknologi terkini. Walaupun kelihatan biasa,  tidak dapat dinafikan, gajet ini menjadi satu pencetus evolusi dalam dunia teknologi hiburan muzik digital masa kini.
mattel football
6. Mattel Electronic Footballs (552 votes)
Mattel Electronic Footballs antara penciptaan terawal untuk segmen games dan video games. Gajet ini dihasilkan oleh Mattel yang kecil dan bersifat mudah alih dimana permainan video game elektronik boleh dimainkan. Popular seawal tahun 1970an, ia terus menjadi antara pelopor dunia teknologi video games sebagaimana teknologi terkini oleh Playstation dan Nintendo.
Iphone 3g
5. Apple Iphone (674 votes)
Tidak dinafikan, gajet ini mempunyai reputasi yang sangat menkagumkan lantas mendapat antara jumlah undian tertinggi. Dihasilkan oleh syarikat terkemuka Apple, biarpun tidak mempelopori segmen telefon mudahalih, Iphone menjadi antara satu anjakan teknologi yang paling membanggakan dengan memberi satu dimensi saingan sengit dalam segmen smartphone. Penciptaan gajet ini juga membawa kepada inovasi telefon skrin sesentuh seperti yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka LG, Samsung dan juga Google dengan sistem perisian Android.
ipad
4. Apple Ipad (753 votes)
Baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, Apple Ipad ternyata mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Walaupun mendapat banyak kritikan, gajet ini ternyata disambut baik oleh pencinta teknologi lantaran sumbangannya yang membawa dunia teknologi komputer riba ke satu tahap yang lebih tinggi. Hanya sekeping gajet elektronik yang mampu membuat hampir apa sahaja yang boleh dilakukan oleh sebuah komputer terkini, gajet ini membawa kepada penciptaan seperti Samsung Galaxy Tab. Tidak mustahil Apple Ipad menjadi asas kepada teknologi komputer pancar di masa hadapan.
nintendo_gameboy
3. Nintendo Game Boy (801 votes)
Gajet ini menjadi asas awal kepada syarikat terkemuka Nintendo. Dilancarkan di Jepun pada 21 April, 1989. Game Boy ini membawa kepada evolusi dunia game moden selepas Mattel Electronic Footballs. Gajet ini juga dikatakan asas kebangkitan teknologi terkini seperti xbox dan ps3. Sehingga kini, gajet ini telah terjual sebanyak 11.8.69 juta unit di seluruh dunia.
amazon-kindle21
2. Amazon Kindle (1474 votes)
Dunia pembacaan mengalami satu anjakan besar dengan kewujudan amazon kindle. Satu gajet yang menjadi asas untuk sistem buku elektronik, gajet ini membuktikan bahawa sistem buku tadisional berasaskan  kertas mungkin akan menjadi sejarah besar satu hari nanti. Ini juga membuktikan bahawa ilmu tanpa sempadan mengambil tempat dalam versi elektronik di dunia maya.
ipod 1st generation 
1. Apple Ipod (1707 votes)
Lagenda syarikat multinasional dunia, Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs bermula dengan satu gajet asas yang dievolusikan, Apple Ipod. Dari tahun ke tahun, gajet ini terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi membawa kepada kelahiran gajet istimewa seperti Ipoh Shuffle, Ipod Nano bervideo dan juga Ipoh Touch.
Nota Kaki: Sekadar satu pemberitahuan maklumat. Tidak dijamin kesahihan faktanya tetapi senarai merujuk kepada senarai undian majalah Time. Senarai penuh di halaman web Time.
So, setuju tak dengan senarai ni? Ada gajet mane-mane yang pernah dimiliki? Komen la bawah ni. Kepada yang rasa tajuk cam gebang je ayat mencarik simpati, jangan risau, DKDM tak berniat ape-ape pun, tajuk tu kombinasi perkataan untuk dapat search engine optimisation Google je, tak lebih daripada tu.
Oh ye, DKDM ade Iphone 4 n ipod touch je, yang lain belum ade or tak pernah ade lagi. I’m not a gadget person. hehe.
Adios.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

silakan beri komentar untuk konten ini